Container Platform and Security

Segala Pertanyaan Migrasi Oracle Anda Terjawab!

Written by Sandeep Khuperkar

| Jun 09, 2016

3 MIN READ

Beberapa minggu yang lepas, kami menerima banyak pertanyaan mengenai Migrasi Oracle dan Penggantian Oracle.  Sesetengah dari pertanyaan ini sangat khusus mengenai migrasi Oracle database ke pilihan yang lebih kos efektif – Postgre Plus Advanced Server dan pertanyaan lain adalah mengenai rancangan inisiatif daripada pelanggan yang mahu mengurangkan kos Oracle dan pangkalan data SQL Server dengan ketara di Pusat Data mereka.  Kami sentiasa menerima pertanyaan daripada pelanggan yang mahukan pengurangan kos Oracle dan pangkalan data SQL Server di Pusat Data mereka namun permintaan yang secara mendadak ini mengejutkan kami sedikit tetapi menggembirakan kami.  Kami dapati perubahan mendadak di dalam rancangan pengguna-pengguna ini adalah kerana spekulasi perubahan pada terma-terma Lesen Oracle.  Apa yang kami dapati, faktor lain yang menjurus kepada situasi ini ialah kebanyakan pengguna-pengguna ini telah merancang awal apabila tarikh tamat tempoh Lesen Oracle mereka telah hampir.
Kami mempunyai banyak sumber rujukan dalam bentuk blog, video dan kertas laporan yang dapat membantu dalam menjawab pertanyaan-pertanyaan ini.  Saya memikirkan untuk menyatukan bahan rujukan ini untuk memudahkan mereka yang merancang untuk mengawal kos dan mempelbagaikan RDBMS portfolio di pusat data mereka.
PostgreSQL sendiri ialah satu pangkalan data yang mampu mencapai taraf pangkalan data yang berhubungan yang mempunyai banyak ciri-ciri yang mesra pengguna.  EnterpriseDB menambah satu peringkat yang serasi dengan Oracle di dalam teras binaan PostgreSQL dan tambahan ciri-ciri lain seperti Dyna Tune, SQL Protect, Cache Pre-warming dan sebagainya untuk perlaksanaan dan keselamatan yang lebih baik.
Dari perspektif seorang DBA, memahami dan menguruskan PostgreSQL adalah agak sama dengan pangkalan data yang lain.  Ini terutamanya kerana faktor ianya berasaskan teras perhubungan yang sama dengan pangkalan data yang lain.  Sila rujuk apa pandangan salah seorang pelatih Oracle DBA kami “Perjalanan Seorang DBA Oracle ke Postgres”.
Sekiranya anda ingin tahu mengenai ciri-ciri dan sifat berskala Postgre Plus Advanced Server, sila rujuk bagaimana InMobi, satu syarikat pengiklanan mudah alih yang terbesar, telah menghasilkan berbillion iklan yang mengagumkan setiap bulan dengan menggunakan EnterpriseDB.
Bagi anda yang mencari rujukan untuk migrasi dari Oracle dan bimbang mengenai ketersediaan tinggi dan kebolehpercayaan, sila ambil tahu bahawa PostgreSQL mempunyai mekanisma kebolehpercayaan yang baik, yang mana amat selari dengan pangkalan data yang lain.  Malah anda boleh melakukan fail-fail WAL yang berganda pada server yang sama atau server berjarak jauh.  Ia mempunyai mekanisma replikasi yang dibina didalamnya yang telah berevolusi sejak pengenalan v9.0.  Replikasi aliran data secara langsung amat mudah untuk disediakan dan boleh digunakan untuk menyediakan lebihan sokongan dan mampu mencapai ketersediaan tinggi.  Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai ketersediaan tinggi dan piihan DR dengan Postgres, sila rujuk kepada pembentangan yang telah kami kongsi.
Bercakap mengenai ketersediaan tinggi dan sifat berskala, pengguna Oracle sering buntu dengan RAC yang mana ianya adalah cara yang amat pelik untuk  melaksanakan ketersediaan tinggi.  Sila rujuk blog kami untuk menilai sekiranya anda benar-benar memerlukan penyelesaian seperti RAC untuk mencapai ketersediaan tinggi.  Dengan alatan yang ada pada Postgres dan EnterpriseDB, adalah mampu untuk membina kluster pangkalan data yang berskala dan ketersediaan tinggi.
Bagi anda yang telah sedar bahawa anda perlu berpindah keluar daripada SQL Server dan sistem Oracle yang sedia ada, kami mempunyai bahan-bahan rujukan yang bagus sebagai permulaan. Sila rujuk blog kami “Berputus asa dengan Oracle dan selamat datang ke Postgre” dan “Elakkan kepayahan migrasi SQL Server ke PostgreSQL”.
Latarbelakang PostgreSQL dan EnterpriseDB
PostgreSQL ialah satu “Pangkalan Data Sumber Terbuka Paling Maju” dengan keupayaan perhubungan yang lengkap, pematuhan ACID, sokongan pertanyaan SQL dan replikasi yang tulen.  EnterpriseDB ialah pembekal tunggal berasaskan penyelesaian dan perkhidmatan PostgreSQL ke seluruh dunia.   Mereka menawarkan produk yang dikenali sebagai Postgres Plus Advanced Server yang mana ia dibina di atas teras PostgreSQL dan ia menawarkan banyak ciri-ciri dan keserasian dengan pangkalan data yang lain.  Ia membekalkan anda dengan sokongan 24×7 untuk penggunaan Postgres dengan harga yang kompetitif.
Bagaimana Ashnik boleh membantu anda?
Kami bekerja rapat dengan pelanggan dan pihak kami membantu mereka dengan rancangan berperingkat untuk pelancaran penggantian Oracle dengan Postgres Plus Advanced Server.  Untuk perundingan dan perkhidmatan lanjut Migrasi Oracle atau Migrasi SQL Server, kami di Ashnik sangat gembira untuk membantu.  Oh dan sila layari Khidmat Migrasi kami.
 Sameer Kumar I Senior Solution Architect, Ashnik


 Sameer Kumar seorang Arkitek Pangkalan Data bekerja dengan Ashnik.  Beliau telah menyelesaikan banyak penyediaan sistem yang rumit dan tugas-tugas migrasi untuk beberapa pelanggan utama daripada sektor perniagaan runcit, industri perbankan dan telekomunikasi.  Sameer ialah PostgreSQL dan EDB Postgre Plus Advanced Server profesional yang berkelayakan.  Beliau juga seorang tenaga pengajar Postgre yang berkelayakan dan telah banyak memberi latihan kepada umum dan kumpulan korporat.  Beliau amat arif dengan RDBMS yang lain seperti DB2, Oracle dan SQL Server.  Juga berpengalaman di dalam teknologi bukan SQL iaitu MongoDB.  Beliau telah bekerja rapat dengan pelanggan dan membantu mereka membina platform analisis pada pangkalan data bukan SQL dan migrasi daripada RDBMS ke MongoDB.  Di waktu lapang, beliau gemar menunggang basikal di sekitar Singapura.



Go to Top