Container Platform and Security

Syarikat Insurans menggunakan Pentaho, EDB Postgres dan Couchbase – memacu Penyelesaian Domain

Written by Saurav Mitra

| Jun 18, 2018

3 MIN READ

Situasi Penggunaan: Aplikasi Mudah Alih dengan pendekatan offline pertama
Salah seorang pelanggan Ashink – syarikat Insurans teratas di Asia sedang mencari cara untuk membangunkan aplikasi mudah alih dengan keupayaan online & offline.  Keperluannya ialah:

  • Untuk membolehkan agen di lapangan mendapat capaian ke maklumat berkaitan insurans pelanggan mereka untuk dibaca dan beroperasi secara offline
  • Berikutnya, menyelaraskan semua data berkaitan insurans pelanggan, yang didapati oleh agen lapangan ketika mereka berada secara offline, dihantar kepada pusat data – semasa peranti kembali online semula

Matlamat penyelesaian ini :
Untuk menyediakan data berpusat pelanggan kepada agen lapangan yang berada di luar.  Menggunakan sumber sistem aplikasi legasi yang sedia ada untuk menghantar data ke dalam peranti mudah alih agen secara keupayaan offline & online.
Cabaran & Halangan :
Pada masa ini, agen lapangan bergantung kepada aplikasi web untuk mendapat maklumat berkaitan insurans pelanggan mereka.  Aplikasi web yang sama juga digunakan untuk permohonan insurans baru dan untuk mengira perincian premium berdasarkan umur, tahap kesihatan dan gaya hidup pelanggan.  Masa menunggu bagi muat naik dan turun amat penting dan capaian rangkaian yang tidak stabil sering menyebabkan agen perlu mengisi semula maklumat yang sama daripada awal.    Ini menjatuhkan standard pengalaman pelanggan kerana pelanggan perlu menyediakan segala butiran diri sekali lagi untuk polisi baru ini – disebabkan integrasi data daripada system legasi ke aplikasi web tidak wujud.
Penyelesaiannya:
Ashnik menyarankan teknologi stack ke hos dan menyediakan data bagi platform mudah alih yang mengandungi Pentaho, Integrasi Data, EDB Postgres dan Server Pangkalan Data Couchbase, Sync Gateway & Couchbase Mobile Lite.
Bagaimana ia berfungsi:
Segala data berkaitan insurans berada di dalam system legasi AS400 dan daripada situ ia dialirkan ke gudang data enterprise.  Data ini perlu dikeluarkan, dikayakan dan diubah ke JSON sebelum dimuatkan ke dalam pangkalan data Couchbase.  Couchbase ialah sumber utama data bagi peranti mudah alih – Couchbase Lite digunakan bagi menyediakan data offline di bahagian pelanggan/mudah alih.  Get laluan Couchbase mengambil tanggungjawab utama untuk menyelaraskan data yang dilindungi di antara server pangkalan data Couchbase &  Couchbase Lite di bahagian pelanggan bagi menyediakan keupayaan online/offline.
Integrasi Data Pentaho telah digunakan bagi peruntukan data daripada gudang data, data yang dikayakan & diubah dan dimuat ke dalam EDB Postgres.  Bagi mengekalkan jejak sejarah data ini kerana ia datang daripada sistem sumber, Pentaho digunakan untuk memudahkan penggunaannya.  Sebaliknya, kami memanfaatkan ciri-ciri EDB Postgres untuk menghasilkan kandungan JSON daripada “tables” pangkalan data.  Seterusnya, Pentaho telah digunakan untuk mengeluarkan data JSON daripada EDB Postgres ke simpanan dokumen Couchbase menggunakan post HTTP ke Couchbase Sync Gateway.  Juga, terdapat keperluan untuk mengekalkan maklumat kemasukan data JSON ke server Couchbase,yang diuruskan menggunakan Integrasi Data Pentaho.
Selain itu, juga terdapat keperluan penyelarasan Pilihan bagi maklumat pelanggan daripada server pangkalan data Couchbase ke bahagian mudah alih.  Agen di lapangan membuat permintaan untuk memuat turun maklumat pelanggan terpilih daripada server.  Permintaan ini di terima oleh Pentaho sebagai permintaan masa nyata.  Tugas masa nyata Pentaho menggunakan menu digunakan untuk memenuhi permintaan dan sebagai respon menetapkan sifat dokumen di server Couchbase untuk diselaraskan yang mana kemudiannya akan mencetus penyelarasan daripada server ke peranti mudah alih.
Manfaat:
Teknologi berkuasa ini gabungan EDB Postgres, Pentaho & Couchbase berjaya membantu pelanggan kami mencapai integrasi yang lancar di antara sumber data legasi dan data aplikasi mudah alih mereka.
EDB Postgres telah digunakan untuk menghasilkan dokumen JSON yang rumit bersama dengan jumlah data yang besar bagi pemprosesan.
Pentaho membantu mengintegrasikan data aplikasi legasi ke aplikasi mudah alih bagi menyediakan pengalaman penguna yan sempurna.  Integrasi Data Pentaho telah membantu mengatur  aliran data dan juga menyediakan fasiliti tugas masa nyata sebagai respon kepada jumlah besar bagi permintaan yang datang .
Dan akhir sekali, Couchbase Suite telah menjadi tugas contoh dalam memastikan penyelarasan dua hala yang lancar di antara keupayaan online & offline  bagi aplikasi berlandaskan mudah alih.


Go to Top