bahasa FImage

3 Tip Utama bagi kejayaan Penggunaan Sumber Terbuka (Open Source) – Solusi, Ujian Perintis dan Latihan

Written by Sachin Dabir

| Aug 19, 2021

3 MIN READ

Seperti yang kita tahu, teknologi sumber terbuka sedang berkembang secara meluas dalam pelaksanaa dan beberapa faktor lain memacu perkembangan ini. Ia telah berkembang dari penggunaan secara tradisional hingga ke pilihan utama bagi senario dan inisiatif IT akan datang. Sama ada ianya kecil atau besar, kebanyakan organisasi kini sedang mengatur kedudukan menggunakan solusi sumber terbuka dengan apa yang boleh ditawarkannya – kolaborasi, pertukaran idea secara percuma, ketangkasan dan kecekapan kos.

Berikut adalah beberapa elemen penting yang harus anda perhatikan bagi kejayaan penggunaan sumber terbuka dalam organisasi anda:

Solusi dan Rekabentuk yang Tepat

Untuk permulaan, sebagai satu perniagaan, anda hendaklah mengguna kelebihan solusi dan rekabentuk yang tepat dalam aplikasi atau senibina perniagaan anda. Ia juga amat penting untuk menilai dan memahami sama ada projek anda akan melangkaui satu atau lebih teknologi sumber terbuka. Hanya merangkumi satu teknologi sahaja dalam senibina anda mungkin bukanlah satu pilihan terbaik. Oleh itu, adalah penting untuk memahami bagaimana teknologi sumber terbuka yang akan digunakan boleh berinteraksi dengan pelbagai komponen dan platform yang dibina. Lagipun, dengan perkembangan banyak platform baru, seperti container atau berasaskan cloud, adalah penting untuk mengikuti bagaimana teknologi sumber terbuka ini boleh memberi respons di dalam persekitaran yang berbeza.

Sebagai contoh: salah sebuah organisasi pelanggan kami baru-baru ini telah melakukan migrasi infrastruktur, aplikasi dan pangkalan data ke Cloud. Oleh kerana senario ini adalah peningkatan serta perubahan, arkitek mengandaikan bahawa pangkalan data, aplikasi dan failover pangkalan data semuanya akan berfungsi seperti sebelumnya, jadi segalanya diatur kedudukan dan diuji, kemudiannya didapati bahawa ianya tidak berfungsi seperti yang dijangkakan (khususnya semasa failover pangkalan data). Sebabnya adalah kerana pangkalan data yang berada di cloud berbeza tingkah laku daripada semasa ianya berada pada platform VM semasa failover pangkalan data. Jika sekiranya pelanggan telah mengguna kelebihan rekabentuk platform yang sesuai, mereka boleh mengelak perkara ini dari terjadi.

Tambahan lagi, apabila pembina aplikasi tidak mengambil bahagian semasa fasa rekabentuk, pasukan tidak dapat memaksimakan manfaat persekitaran sumber terbuka. Kebanyakan pembina aplikasi, khususnya pangkalan data, container dan pelayan web, akan menghadapi masalah jika mereka terus mengguna pengetahuan atau pengalaman dahulu yang berasaskan teknologi dan komponen lama atau tidak lagi diguna pakai. Walaupun jika mereka pernah merekabentuk solusi terbaik bagi lapisan pangkalan data atau pelayan web, atau yang lain, tiada hubungan dengan pembina aplikasi mencipta kesukaran bagi setiap komponen ini dan menyukarkan pasukan untuk mengguna kelebihannya.

Melaksanakan Ujian Perintis

Setiap organisasi mempunyai senario perniagaan yang unik. Oleh itu, hanya melakukan ujian-ujian bukanlah pilihan bijak untuk menilai solusi-solusi terkini. Kaedah terbaik adalah melakukan ujian perintis dan letakkannya ke tetapan yang hampir menyerupai dunia nyata. Ini memastikan ujian berkaedah bagi senario-senario perniagaan sebelum pelaksanaan sebenar atau pelancaran. Disebabkan oleh sifat sumber terbuka, ujian perintis sesebuah projek adalah jelas dan mudah serta membantu memahami rancangan terperinci perjalanan digital yang dicartakan dengan lebih konstruktif.

Sebagai contoh: salah satu pelanggan kami, sebuah bank terkemuka, sedang mengusahakan versi aplikasi perbankan mudah alihnya, tetapi senibina telah berubah dengan ketara. Oleh itu, bank tersebut bercadang untuk membukanya dahulu kepada pengguna dalamannya yang berjumlah 30-40 ribu sebagai ujian perintis. Ini memastikan bahawa mereka boleh menilai aplikasi tersebut dalam suasana hampir ke senario sebenar sebelum pelancaran secara rasmi dan membukanya ke seluruh 10 juta pengguna. Jadi, ini bukan sekadar ujian tetapi mereka berusaha pada versi perintis aplikasi tersebut – di mana ini adalah amalan yang sesuai kerana ia memberi pemahaman dan kepintaran pada apa yang berfungsi dan apa yang tidak dalam tetapan yang menyerupai dunia sebenar.

Latihan Pekerja

93% daripada pengurus yang mengambil pekerja melaporkan kesukaran untuk mendapatkan bakat yang mencukupi dalam kemahiran sumber terbuka, menurut satu kajiselidik baru-baru ini. Satu cara ialah melatih tenaga kerja sedia ada dan melatih mereka untuk meningkatkan kemahiran. Sementara perniagaan memahami pentingnya latihan, tekanan tarikh akhir sesebuah projek serta keperluan untuk pelancaran secepat mungkin, adalah sukar bagi pasukan teknikal untuk mendapat latihan atau sijil yang sesuai bagi teknologi sumber terbuka. Kebanyakan pelanggan perbankan dan telekomunikasi memberitahu kami bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan yang diperlukan kerana mereka tidak boleh menghantar ahli pasukan sedia ada untuk mengikuti latihan. Pasukan mereka digunakan sepenuhnya untuk operasi.

Latihan adalah lebih bermanfaat kepada penyepadu sistem dan konsultan solusi daripada pasukan perniagaan, di mana adalah sukar untuk memberi cukup masa dan latihan kepada pasukan perniagaan untuk meningkatkan kemahiran. Tetapi untuk mendapat pemahaman dan kawalan teknikal ke atas beban kerja yang kritikal, adalah penting untuk mendapat kemahiran, meningkatkan kemahiran dan secara tetap sentiasa meningkatkan kemahiran pasukan anda.

Walaupun COVID-19 memberi impak pada ekonomi global, teknologi dan bakat sumber terbuka haruslah bersedia untuk perkembangan, menurut Laporan Pekerjaan Sumber Terbuka 2020

Memperkenalkan sumber terbuka kepada senibina anda tidak seharusnya menjadi satu proses yang menakutkan. Perisian sumber terbuka adalah sama selamat seperti perisian proprietari, dengan lebih banyak manfaat. Sifat kecekapan kos dan dan kolaborasi teknologi sumber terbuka membolehkan terhasilnya inovasi lebih cepat dan lebih besar, meningkatkan kecekapan keseluruhan perniagaan.

Beberapa syarikat global telah mengumumkan bahawa melaksanakan perisian sumber terbuka adalah di antara keutamaan teratas mereka. Jika anda ingin melaksanakannya, terdapat beberapa kajian kes menarik untuk dilihat. Anda sedang mencari bantuan untuk sebarang faktor di atas untuk beralih ke sumber terbuka?


Go to Top