5 trend digital

5 trend digital teratas bagi 2020: hagaimana sumber terbuka akan memainkan peranan!

Written by Deepti Dilip Jobanputra

| Jan 21, 2020

4 MIN READ

Kita menghampiri suku akhir tahun ini dan tidak lama lagi menyambut 2020 – yang mana akan dijangka menjadi tahun yang sangat pantas. Era digital kini datang diiringi dengan perubahan baru, jenis pertama kali dalam teknologi, perniagaan dan masyarakat. Ini memerlukan pemimpin-pemimpin hari ini untuk melihat jauh daripada hanya pengurusan perniagaan, fokus pada perlaksanaan kesedaran dan penyesuaian pada transformasi besar dalam model perusahaan, amalan dan budaya di dalam pasukan mereka.
Untuk beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan perbincangan mengenai trend digital akan datang mula nampak sedikit membosankan. Ianya seperti bahan yang sama diolah untuk menghasilkan hidangan yang sama. Tahun 2020 akan menampakkan kelainan daripada itu, dijangka menyerlahkan bahagian teknologi yang lain.
Pada masa itu, open source akan menjadi lebih mantap sebagai tempat di mana inovasi perisian tercipta. Mengapa saya katakan ini kerana kita dapat lihat ia telah berkembang jauh dalam beberapa trend utama yang telah kita alami. Open source telah mendapat tempat sebagai satu sistem operasi yang popular di kalangan perusahaan IT, dengan lebih banyak peningkatan dijangkakan berlaku.  Selain itu, terdapat sokongan penggunaan bagi platform open-source seperti Docker dan Kubernetes.

Lebih daripada 3.5 juta aplikasi telah diletakkan di dalam container yang menggunakan teknologi Docker dan lebih daripada 37 bilion aplikasi dalam container telah dimuat turun. Source*

Syarikat dengan sekurang-kurangnya 60% portfolio DevOps sebagai open source, 54% telah mencapai status “full deployed”. Secara perbandingan, 20% syarikat hanya mengurus untuk berkembang ke Devops disebabkan penggunaan open-source masih sedikit Source* 

Dan sementara industri bersedia menuju Cloud, open source adalah lebih matang dalam penyesuaian. Seperti kata Bernard Golden, VP Cloud Strat, Capital One, “Anda tidak boleh berada di cloud tanpa open source.”
Memang benar!
Ambil perhatian beberapa trend berikut yang akan menggoncangkan 2020 di mana open source mempunyai peranan penting di dalamnya.

1. Distributed dan multi-cloud computing

Multi-Cluod adalah sedang meningkat naik dan open source akan terus mengubah stack aplikasi modern. Kajian terbaru menunjukkan perkembangan Y-O-Y yang ketara dalam trend penggunaan perusahaan di sekitar penyesuaian multi-cloud, perkhidmatan cloud-native Kubernetes dan AWS.

Satu laporan kecerdasan industri, menyatakan 4 daripada 6 peringkat yang menghasilkan stack aplikasi moden telah diubah oleh solusi open source terkemuka – perkhidmatan container, orchestration, infrastruktur dan aplikasi Source*

Oleh kerana tiada satu pun platform cloud yang memenuhi keperluan muatan kerja perusahaan secara keseluruhan, terdapat peningkatan keperluan untuk platform cloud dan tetapan yang lain. Strategi cloud hybrid, bersama dengan egde computing, akan mengubah strategi cloud dalam tahun 2020.

2. 5G Data

2020 akan menjadi tahun untuk 5G. Syarikat telekomunikasi besar seperti AT&T, Verizon, Nokia, Ericsson, Huawei dan banyak lagi sedang bergerak seiring dengan  penyusunan 5G global; manakala pembuat telefon mudah alih Android terbesar di dunia telah mengeluarkan telefon 5G. 5G akan mula berada di pasaran pada tahun 2020, membawa kita pada kelajuan jalur lebar yang lebih laju, rangkaian mudah alih yang lebih baik, juga kemajuan dalam bandar pintar, kenderaan pintar, pembuatan pintar dan teknologi yang dikuasai oleh iOT + AI yang tidak terkira. 5G dan open source setakat ini adalah dua topik terhangat diperkatakan dalam industri telekomunikasi pada tahun-tahun kebelakangan ini. Kebanyakan syarikat telekomunikasi akan mengambil kesempatan ke atas prinsip open source dalam usaha untuk kekal atau menjadi kompetitif dalam pasaran.
Dalam membina asas bagi rangkaian 5G di seluruh AS, AT&T memilih satu laluan inovatif.. Disebalik solusi proprietari, AT&T melaksanakan platform open source yang dibina pada Kubernetes dan OpenStack. “Open source menyediakan kelebihan untuk mengatasi masalah besar. Skala projek ini memerlukan pembangun organisasi lebih besar daripada apa yang kita ada pada hari ini. Open source membolehkan kita menggunakan kelebihan masing-masing,” kata Van Wyk, AVP – Network Cloud SE of AT&T.

3. XR

XR (Extended Reality) mungkin masih baru tetapi pada tahun 2020 ini kita akan dapat melihat teknologi ini mula mendapat momentumnya untuk memberi kesan pada perniagaan, pembelajaran dan hiburan. Pakar percaya bahawa XR boleh memberi kesan yang lebih besar dalam kehidupan seharian kita lebih daripada telefon pintar (hmm!). industries yang paling banyak akan menggunakan teknologi XR pada tahun-tahun akan datang ini ialah pendidikan, penjagaan kesihatan, perniagaan runcit dan senibina & rekabentuk.
Monado adalah platform XR percuma dan open source dan runtime OpenXR yang pertama bagi GNU/Linux. Monado mensasar untuk memulakan pembangunan satu ekosisitem XR open source dan menyediakan blok binaan asas untuk vendor peranti bagi sasaran platform GNU/Linux.

4. Hyperautomation

Pendigitan proses-proses, menambah baik sambungan dengan bantuan internet (kini 5G!) dan mesin-mesin yang lebih pintar dengan AI mendahului proses-proses perniagaan bagi sesetengah industri ke dalam satu era hiper-automasi. Ia mengambil konsep automasi ke peringkat yang lain dengan membolehkan industri berubah daripada operasi manual dengan agak cepat, dalam masa yang singkat. Sebagai contoh, hiper automasi dalam industri automobil di mana tangan robotik telah digunakan di bahagian pemasangan. Syarikat seperti Amazon dan FedEx sedang memperkasakan automasi dengan bersungguh-sungguh. Mereka telah menggunakan hiper automasi untuk menambah baik CX dan melakukan tugasan berkaitan logistik. Satu lagi contoh yang menarik adalah Common Machine Learning Platform AT&T, elemen yang kini telah dikeluarkan sebagai projek open source, Acumos.

5. Voice UI

Satu lagi trend transformasi digital ialah UI suara dan perbualan. Ini telah menjadi sebahagian besar daripada telefon pintar, komputer kita sejak beberapa tahun. Jika anda seorang pengguna iPhone anda mesti tahu Siri, atau sebagai pengguna android anda kenal pembantu google anda.

Hubstates menyatakan bahawan adalah cenderung bahawa 40% daripada semua permintaan carian Google dibuat menggunakan suara dan nombor yang sama terpakai pada mereka yang merancang untuk membeli pembesar suara pintar.

Menurut Statista, 39% daripada millennial menggunakan carian suara. Audien ini bersedia untuk menjadikan pengguna awal sistem VUI.

Pembantu suara telah dikeluarkan oleh pemain-pemain utama seperti Apple, Microsoft, Amazon dan Google. Kini, terdapat projek open source yang memberi pilihan kepada individu untuk mencipta pembantu peribadi mereka sendiri dan menggunakannya dalam rumah pintar mereka. Kawalan suara kini berkembang merentasi lebih banyak platform,TV, kereta dan pemakaian yang berhubung.
Open source sudah tentunya berkembang sejak dahulu lagi dan kini menuju ke arah menjadi komponen utama dalam begitu banyak kepintaran teknologi. Secara keseluruhannya, open source menyaksikan tarikan besar dalam industri dengan pembangunan yang dijangka akan mengubah IT perusahaan.
Masa depan terbuka, dan bagaimana!

Deepti tweet di @Techkween


Go to Top